Friday, January 29, 2016

Contoh Kiraan Modal

Nak beli saham ni, paling sikit 100 unit. Kalau nak lebih mesti gandaan 100 unit, 200 unit, 1,000 unit. 10,000 unit. Nak beli 728 unit boleh tak? Jawapannya, tak boleh, mesti gandaan 100 unit.

Harga yang biasa ada di platform saham, di bank – bank  mahunpun dikaca TV. Itu adalah harga seunit.


1. Beli saham Syarikat EURO HOLDING BERHAD


Harga semasa RM0.25

Unit X Harga Semasa = Modal

100 unit X RM0.25 = RM25

Haii.... RM25 pun boleh jadi modal, ye boleh. Tapi tak berbaloi.........

.

2. Beli saham Syarikat AJINOMOTO MALAYSIA BERHAD


Harga semasa RM8.00

Unit X Harga Semasa = Modal

100 unit X RM8.00 = RM800.00


*Inidalah modal saham sahaja, tidak termasuk kos urusniaga (senang cerita upah bank/broker).
Kos urus niaga bergantung pada bank/broker. Lain bank/broker, lain kosnya.
*Tidak semua pegawai bank/broker tahu mengenai saham. Kalau anda tanya mereka tak jawab jangan salahkan mereka, kemungkinan itu adalah pegawai biasa.


Contoh Untung dan Rugi 1 sen

Contoh beli saham J.A.G (nama syarikat tu J.A.G) pada harga RM0.10 seunit (sepuluh sen seunit).

Beli 10,000 unit.

Unit saham didarabkan dengan harga saham

10,000 unit X RM0.10 = RM1,000.

-------------------------------------------------------
Untung 1 sen

lepas tu, harga naik jadi RM0.11 (sebelas sen)

jadi, kenaikannya 1 sen (satu sen)

10,000 X RM0.01 = RM100

untung RM100

--------------------------------------------------------

kalau rugi 1 sen

lepas beli, harganya jadi RM0.09 (sembilan sen)

turun 1 sen (satu sen)

10,000 unit x RM0.01 = RM 100

dah rugi RM 100


itu kalau naik dan turun 1 sen. kalau lebih, fuhh.... jadi modal tu biar berpada - pada. tahu risiko kerugian anda dimana. tahu kesanggupan anda menanggung berapa banyak risiko.......


No comments:

Post a Comment