Penulisan hanyalah bertujuan untuk untuk pendidikan. Sesuai untuk mereka yang masih "ZERO" tentang pelaburan saham.
Friday, January 29, 2016
Pelaburan Saham
7 Perkara Pelabur Baru Mesti Tahu Sebelum Melabur Saham.
1. Apa Itu Pelaburan ?
2. Apa Itu Saham ?
3. Bagaimana Saham Boleh Untung ?
4. Bagaimana Harga Saham boleh Naik dan Turun ?
5. Berapa banyak modal yang diperlukan untuk melabur saham ?
6. Contoh Kiraan Modal
7. Siapa yang boleh melabur saham dan bagaimana untuk bermula ?
Siapa yang boleh melabur saham dan bagaimana untuk bermula ?
- Individu yang berumur 18 tahun keatas.
- Mempunyai pendapatan dan simpanan yang
kukuh.
- Ada ilmu. (bukan main hentam saja ye)
- Tahu kira.
- Ada
Akaun CDS dan tranding platform
Akaun
CDS dan Tranding Platform itu apa???
1.
Akaun CDS
Akaun
untuk merekodkan segala urusniaga saham di Bursa Malaysia.
2.
Tranding Platform
Untuk
pelabur melihat pergerakan harga saham, membeli saham dan menjual saham secara atas talian.
Tranding Platform |
Syarat
untuk membuka Akaun CDS dan Tranding Platform
1.
Berumur 18 tahun keatas
2.
Mempunyai pendapatan
dan simpanan yang kukuh. – kerana bank/broker dan Bursa Malaysia perlukan
penyata bank untuk meluluskan ada sebagai pelabur. Kalau tak ada duit macam
mana nak melabur, betul tak?
Keperluan untuk membuka Akaun CDS dan Tranding Platform
1.
Salinan Kad Pengenalan.
2.
Penyata bank.
3.
Melengkapkan borang bank/broker dan Bursa Malaysia.
4.
Yuran Pendaftaran RM10.60 (untuk tujuan pembukaan Akaun CDS)
5. Lain - lain perkara yang pihak bank/broker perlukan.
Sudah bersedia untuk menjadi pelabur, baca seterusnya : 7 Langkah Memulakan Pelaburan Saham Untuk Pelabur Baru
Contoh Kiraan Modal
Nak
beli saham ni, paling sikit 100 unit. Kalau nak lebih mesti gandaan 100 unit,
200 unit, 1,000 unit. 10,000 unit. Nak beli 728 unit boleh tak? Jawapannya, tak
boleh, mesti gandaan 100 unit.
Harga yang biasa ada di platform saham, di
bank – bank mahunpun dikaca TV. Itu adalah harga seunit.
1.
Beli saham Syarikat EURO HOLDING BERHAD
Harga
semasa RM0.25
Unit
X Harga Semasa = Modal
100
unit X RM0.25 = RM25
Haii....
RM25 pun boleh jadi modal, ye boleh. Tapi tak berbaloi.........
.
2.
Beli saham Syarikat AJINOMOTO MALAYSIA BERHAD
Harga
semasa RM8.00
Unit
X Harga Semasa = Modal
100
unit X RM8.00 = RM800.00
*Inidalah
modal saham sahaja, tidak termasuk kos urusniaga (senang cerita upah
bank/broker).
Kos
urus niaga bergantung pada bank/broker. Lain bank/broker, lain kosnya.
*Tidak
semua pegawai bank/broker tahu mengenai saham. Kalau anda tanya mereka tak
jawab jangan salahkan mereka, kemungkinan itu adalah pegawai biasa.
Contoh
Untung dan Rugi 1 sen
Contoh
beli saham J.A.G (nama syarikat tu J.A.G) pada harga RM0.10 seunit (sepuluh sen
seunit).
Beli
10,000 unit.
Unit
saham didarabkan dengan harga saham
10,000
unit X RM0.10 = RM1,000.
-------------------------------------------------------
Untung
1 sen
lepas
tu, harga naik jadi RM0.11 (sebelas sen)
jadi,
kenaikannya 1 sen (satu sen)
10,000
X RM0.01 = RM100
untung
RM100
--------------------------------------------------------
kalau
rugi 1 sen
lepas
beli, harganya jadi RM0.09 (sembilan sen)
turun
1 sen (satu sen)
10,000
unit x RM0.01 = RM 100
dah
rugi RM 100
itu
kalau naik dan turun 1 sen. kalau lebih, fuhh.... jadi modal tu biar berpada -
pada. tahu risiko kerugian anda dimana. tahu kesanggupan anda menanggung berapa
banyak risiko.......
Berapa banyak modal yang diperlukan untuk melabur saham ?
Secara
prinsipnya, modal main saham perlu datang dari duit lebih. Berapa banyak?
Soalan itu subjektif. Yang penting, duit tersebut kita memang tidak akan usik
untuk tempoh paling kurang 3 tahun. Kalau beli saham dengan duit untuk beli
barang dapur, itu memang cari nahas.
Berapa banyak?
RM100 boleh,
RM200 boleh,
RM500 boleh,
RM1,000 boleh,
RM 10,000 pun boleh.
RM 1 juta pun boleh. (kalau ada)
Asasnya,
sekiranya modal sikit, jika untung, sikit lah untungnya. Jika rugi, sikitlahnya.
kalau modalnya banyak, jika untung, untungnya banyak, jika rugi, ruginya pun banyak.
jadi, pilihlah modal yang sederhana.
Bagaimana Harga Saham boleh Naik dan Turun ?
-
Saham adalah pertukaran tangan (modal) diantara Pelabur dengan Syarikat atau Pelabur dengan Pelabur.
-
Setiapa saat waktu urusniaga (diantara 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga
Jumaat) saham akan ada pertukaran tangan.
-
Contoh 1; harga saham naik; Azman membeli saham Air Asia pada harga RM 1.
Kemudian Syarikat membeli semula saham yang dibeli oleh Azman dengan harga RM2.
Maka harga saham tersebut naik dan Azman untung RM1. Ataupun, ada pelabur lain
yang berminat saham Air Asia, maka Azman menjual saham beliau pada harga RM2.
-
Contoh 2 ; harga saham turun; Azman membeli saham Air Asia pada harga RM 1.
Kemudian Syarikat membeli semula saham yang dibeli oleh Azman dengan harga RM2.
Harga saham naik. Lalu, Syarikat menjual saham Air Asia pada RM 1 kepada
pelabur yang lain. Harga saham turun.
*Ini
adalah bedasarkan kiraan mudah. Biasanya setiap pergerakan dalam nilai RM0.01
atau RM0.005. Tertakluk pada jenis dan harga semasa.
*Pelabur
tidak dapat mengenal pasti mereka bertukar tangan dengan siapa kerana didalam
pasaran saham terdapat beribu-ribu pelabur.
Bagaimana Saham Boleh Untung ?
Keuntungan saham bukan dikira
berapa lama anda melabur. Bukan menunggu waktu yang tetap seperti sehari, seminggu,
sebulan, setahun atau lain - lain waktu. Pergerakaan harga saham adalah dalam
kadar saat. Setiap saat harga saham bergerak. Setiap saat harga saham naik dan
turun. Setiap pergerakkan menaik, pelabur akan untung dan setiap pergerakan
menurun pelabur akan rugi.
Keuntungan saham terdapat dalam pelbagai bentuk, berikut adalah betuk keuntungan yang biasa dan paling diminati para pelabur.
Keuntungan saham terdapat dalam pelbagai bentuk, berikut adalah betuk keuntungan yang biasa dan paling diminati para pelabur.
1. Dividen
- Dividen diberi
berdasarkan prestasi sesebuah syarikat dalam bisnes mereka dan bukannya
berdasarkan turun naik harga saham di pasaran. Justeru, harga saham jatuh pun
kita masih mendapat keuntungan dari saham saham yang kita miliki.
- Kebiasaanya dividen diberikan samaada
1,2,3 atau 4 kali setahun. Bergantung kepada Syarikat.
2.
Keuntungan modal (Paling diminati para pelabur masa kini)
- Beli harga rendah jual harga tinggi
- Contoh, anda memberi saham AirAsia pada
harga RM 1 , kemudian anda jual pada harga RM 2. Kenaikan harga saham sebanyak
RM1. Maka anda telah untung RM1.
Apa Itu Saham ?
Saham merupakan pelaburan yang
menunjukkan pemilikan terhadap sesebuah syarikat. Apabila anda membeli
saham, anda sebenarnya membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat; kadar
pemilikan (atau ekuiti) bergantung kepada jumlah saham yang dibeli. Lazimnya
saham yang diterbitkan ialah saham biasa. Pelabur membeli saham syarikat kerana
ingin memperoleh pulangan daripada pelaburan mereka (dividen/keuntungan modal)
@
Suatu perkongsian modal perniagaan dimana bila syarikat untung pelabur pun dapat untung
dan kalau syarikat rugi pelabur pun rugi. Dari sudut syariah, setiap perniagaan pasti akan ada untung
dan risiko/rugi. Jika tiada risiko, berkemungkinan pelaburan ada berunsurkan
riba’.
Pelabur di Bursa Malaysia |
Apa Itu Pelaburan ?
Simpanan jangka masa panjang atau pembelian aset atau
sekuriti seperti saham, bon dan dana bersama bermatlamat untuk menambah kekayaan atau pendapatan
masa hadapan. Contohnya wang yang dilaburkan untuk melanjutkan pelajaran,
persaraan dan menambah kekayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)