Friday, January 29, 2016

Pelaburan Saham


7 Perkara Pelabur Baru Mesti Tahu Sebelum Melabur Saham.

1. Apa Itu Pelaburan ?

2. Apa Itu Saham ?

3. Bagaimana Saham Boleh Untung ?

4. Bagaimana Harga Saham boleh Naik dan Turun ?

5. Berapa banyak modal yang diperlukan untuk melabur saham ?

6. Contoh Kiraan Modal

7. Siapa yang boleh melabur saham dan bagaimana untuk bermula ?


Siapa yang boleh melabur saham dan bagaimana untuk bermula ?

  1. Individu yang berumur 18 tahun keatas.
  2. Mempunyai pendapatan dan simpanan yang kukuh.
  3. Ada ilmu. (bukan main hentam saja ye)
  4. Tahu kira.
  5. Ada Akaun CDS dan tranding platform

Akaun CDS dan Tranding Platform itu apa???

1. Akaun CDS
Akaun untuk merekodkan segala urusniaga saham di Bursa Malaysia.
 2. Tranding Platform
Untuk pelabur melihat pergerakan harga saham, membeli saham dan menjual saham secara atas talian.
Tranding Platform

Syarat untuk membuka Akaun CDS dan Tranding Platform
1. Berumur 18 tahun keatas
2. Mempunyai pendapatan dan simpanan yang kukuh. – kerana bank/broker dan Bursa Malaysia perlukan penyata bank untuk meluluskan ada sebagai pelabur. Kalau tak ada duit macam mana nak melabur, betul tak?

Keperluan untuk membuka Akaun CDS dan Tranding Platform

1. Salinan Kad Pengenalan.
2. Penyata bank.
3. Melengkapkan borang bank/broker dan Bursa Malaysia.
4. Yuran Pendaftaran RM10.60 (untuk tujuan pembukaan Akaun CDS)
5. Lain - lain perkara yang pihak bank/broker perlukan.


Sudah bersedia untuk menjadi pelabur, baca seterusnya : 7 Langkah Memulakan Pelaburan Saham Untuk Pelabur Baru

Contoh Kiraan Modal

Nak beli saham ni, paling sikit 100 unit. Kalau nak lebih mesti gandaan 100 unit, 200 unit, 1,000 unit. 10,000 unit. Nak beli 728 unit boleh tak? Jawapannya, tak boleh, mesti gandaan 100 unit.

Harga yang biasa ada di platform saham, di bank – bank  mahunpun dikaca TV. Itu adalah harga seunit.


1. Beli saham Syarikat EURO HOLDING BERHAD


Harga semasa RM0.25

Unit X Harga Semasa = Modal

100 unit X RM0.25 = RM25

Haii.... RM25 pun boleh jadi modal, ye boleh. Tapi tak berbaloi.........

.

2. Beli saham Syarikat AJINOMOTO MALAYSIA BERHAD


Harga semasa RM8.00

Unit X Harga Semasa = Modal

100 unit X RM8.00 = RM800.00


*Inidalah modal saham sahaja, tidak termasuk kos urusniaga (senang cerita upah bank/broker).
Kos urus niaga bergantung pada bank/broker. Lain bank/broker, lain kosnya.
*Tidak semua pegawai bank/broker tahu mengenai saham. Kalau anda tanya mereka tak jawab jangan salahkan mereka, kemungkinan itu adalah pegawai biasa.


Contoh Untung dan Rugi 1 sen

Contoh beli saham J.A.G (nama syarikat tu J.A.G) pada harga RM0.10 seunit (sepuluh sen seunit).

Beli 10,000 unit.

Unit saham didarabkan dengan harga saham

10,000 unit X RM0.10 = RM1,000.

-------------------------------------------------------
Untung 1 sen

lepas tu, harga naik jadi RM0.11 (sebelas sen)

jadi, kenaikannya 1 sen (satu sen)

10,000 X RM0.01 = RM100

untung RM100

--------------------------------------------------------

kalau rugi 1 sen

lepas beli, harganya jadi RM0.09 (sembilan sen)

turun 1 sen (satu sen)

10,000 unit x RM0.01 = RM 100

dah rugi RM 100


itu kalau naik dan turun 1 sen. kalau lebih, fuhh.... jadi modal tu biar berpada - pada. tahu risiko kerugian anda dimana. tahu kesanggupan anda menanggung berapa banyak risiko.......


Berapa banyak modal yang diperlukan untuk melabur saham ?

Secara prinsipnya, modal main saham perlu datang dari duit lebih. Berapa banyak? Soalan itu subjektif. Yang penting, duit tersebut kita memang tidak akan usik untuk tempoh paling kurang 3 tahun. Kalau beli saham dengan duit untuk beli barang dapur, itu memang cari nahas.


Berapa banyak?

RM100 boleh,
RM200 boleh,
RM500 boleh,
RM1,000 boleh,
RM 10,000 pun boleh.
RM 1 juta pun boleh. (kalau ada)

Asasnya,

sekiranya modal sikit, jika untung, sikit lah untungnya. Jika rugi, sikitlahnya.
kalau modalnya banyak, jika untung, untungnya banyak, jika rugi, ruginya pun banyak.

jadi, pilihlah modal yang sederhana.


Bagaimana Harga Saham boleh Naik dan Turun ?


- Saham adalah pertukaran tangan (modal) diantara Pelabur dengan Syarikat atau  Pelabur dengan Pelabur.
- Setiapa saat waktu urusniaga (diantara 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat) saham akan ada pertukaran tangan.
- Contoh 1; harga saham naik; Azman membeli saham Air Asia pada harga RM 1. Kemudian Syarikat membeli semula saham yang dibeli oleh Azman dengan harga RM2. Maka harga saham tersebut naik dan Azman untung RM1. Ataupun, ada pelabur lain yang berminat saham Air Asia, maka Azman menjual saham beliau pada harga RM2.
- Contoh 2 ; harga saham turun; Azman membeli saham Air Asia pada harga RM 1. Kemudian Syarikat membeli semula saham yang dibeli oleh Azman dengan harga RM2. Harga saham naik. Lalu, Syarikat menjual saham Air Asia pada RM 1 kepada pelabur yang lain. Harga saham turun.

*Ini adalah bedasarkan kiraan mudah. Biasanya setiap pergerakan dalam nilai RM0.01 atau RM0.005. Tertakluk pada jenis dan harga semasa.

*Pelabur tidak dapat mengenal pasti mereka bertukar tangan dengan siapa kerana didalam pasaran saham terdapat beribu-ribu pelabur.

Bagaimana Saham Boleh Untung ?

Keuntungan saham bukan dikira berapa lama anda melabur. Bukan menunggu waktu yang tetap seperti sehari, seminggu, sebulan, setahun atau lain - lain waktu. Pergerakaan harga saham adalah dalam kadar saat. Setiap saat harga saham bergerak. Setiap saat harga saham naik dan turun. Setiap pergerakkan menaik, pelabur akan untung dan setiap pergerakan menurun pelabur akan rugi.

Keuntungan saham terdapat dalam pelbagai bentuk, berikut adalah betuk keuntungan yang biasa dan paling diminati para pelabur.


1. Dividen
     - Dividen diberi berdasarkan prestasi sesebuah syarikat dalam bisnes mereka dan bukannya berdasarkan turun naik harga saham di pasaran. Justeru, harga saham jatuh pun kita masih mendapat keuntungan dari saham saham yang kita miliki.
     - Kebiasaanya dividen diberikan samaada 1,2,3 atau 4 kali setahun. Bergantung kepada Syarikat.
2. Keuntungan modal (Paling diminati para pelabur masa kini)
     - Beli harga rendah jual harga tinggi
     - Contoh, anda memberi saham AirAsia pada harga RM 1 , kemudian anda jual pada harga RM 2. Kenaikan harga saham sebanyak RM1. Maka anda telah untung RM1.

Apa Itu Saham ?

Saham merupakan pelaburan yang menunjukkan pemilikan terhadap sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda sebenarnya membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat; kadar pemilikan (atau ekuiti) bergantung kepada jumlah saham yang dibeli. Lazimnya saham yang diterbitkan ialah saham biasa. Pelabur membeli saham syarikat kerana ingin memperoleh pulangan daripada pelaburan mereka (dividen/keuntungan modal)
@
Suatu perkongsian modal perniagaan dimana bila syarikat untung pelabur pun dapat untung dan kalau syarikat rugi pelabur pun rugi. Dari sudut syariah, setiap perniagaan pasti akan ada untung dan risiko/rugi. Jika tiada risiko, berkemungkinan pelaburan ada berunsurkan riba’.
Pelabur di Bursa Malaysia